Resepi Diet | Jus Diet

Posted by HealthLife13 | 10:00 AM | , | 3 comments »

Perlukan resepi supaya menu diet anda tak membosankan? di sini saya sertakan beberapa resepi jus diet yang menyihatkan dan membantu anda kekal langsing.

 Jus Diet 1 - Jus Yogurt

 Jus yang sangat mudah untuk anda sediakan. bahan-bahannya:
1 cawan yogurt asli
setengah cawan air
sedikit ais (jika anda sukakan dalam keadaan sejuk)
1 sudu kecil gula
sedikit garam

Cara Penyediaan: campurkan kesemua bahan di atas dan kisar sehingga terhasil jus campuran yogurt yang sedap diminum. mudah kan?




  Jus Diet 2 - Jus Tembikai

Bahan-bahannya:
2 cawan tembikai yang dicincang kasar
1 scoop tembikai (boleh gunakan scoop aiskrim)
setengah sudu serbuk halia
daun pudina sebagai hiasan

Cara penyediaan:
campurkan 2 cawan tembikai bersama serbuk halia dan kisar untuk mendapatkan jusnya. letakkan scoop tembikai ke dalam gelas. kemudian, baru tuangkan jus tembikai yang telah diksar tadi. hiaskan dengan daun pudina di atasnya.

Jus Diet 3 - Green Delight

Bahan-bahannya:
500gram anggur hijau
2 biji buah kiwi (buang kulitnya)

Cara penyediaan:
Masukkan buah-buahan tersebutke dalam pengisar untuk mendapatkan jusnya. Tambahkan dengan hirisan kiwi sebagai hiasan.

Selamat Mencuba! akan bersambung dengan lebih banyak resepi dan tips-tips untuk melangsingkan badan secara sihat.

Proses penuaan awal berlaku apabila anda memasuki usia 20-an di mana proses regeneration (penjanaan semula) sel kulit akan menjadi lebih lambat daripada normal. Tanda-tanda penuaan awal antaranya ialah, pori-pori kulit membesar, kekenyalan  kulit muka berkurangan selain berlaku hiper pigmentasi.

Untuk mencegahnya, lakukan rawatan kulit serta menjalani kehidupan dengan gaya sihat serta amalkan pemakanan seimbang dan bersenam. Anda juga boleh mengikuti 5 tips di bawah untuk mencegah penuaan awal. Jangan tua sebelum waktunya.

1.    Selalu berfikiran positif dan elakkan stress yang berlebihan

2.    Gunakan produk rawatan kulit wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda agar penuaan awal dapat dicegah.









3.    Gunakan krim pelindung cahaya matahari sebelum keluar rumah untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

4.    Kawal menu pemakanan dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan selain menggelakkan alkohol dan rokok.

5.    Tidur yang cukup amat diperlukan selain mengamalkan rutin senaman 3 kali seminggu.

Kosmetik & jagaan Diri

Petua Melebatkan Rambut

Posted by HealthLife13 | 11:48 AM | | 1 comments »

Petua untuk kali ini adalah tentang rambut. Sekiranya anda menghadapi masalah rambut nipis, ada beberapa cara mudah untuk melebatkan rambut. Disini saya kongsikan beberapa petua untuk melebatkan rambut.

Petua melebatkan rambut 1
Bahan yang diperlukan: mayonis
Cara-caranya:
Sapu sedikit mayonis ke bahagian rambut  dan gosok rata sehingga ke akar rambut. Lakukan seperti memakai minyak rambut dan amalkan setiap kali selepas mandi. Selepas 3 minggu anda akan dapati rambut anda lebat dan lembut kerana bahan yang terkandung dalam mayonis mempunyai nutrient yang diperlukan oleh rambut.

Petua melebatkan rambut 2
Bahan yang diperlukan: kacang hijau
Cara-caranya:
Ini merupakan salah satu petua melebatkan rambut yang elok dan mudah untuk diamalkan. Caranya ialah, ambil semangkuk kacang hijau, basuh bersih-bersih kemudian rendam dengan sedikit air dan embunkan semalaman. Esoknya, gunakan air rendaman kacang hijau itu untuk mencuci rambut anda. Rajin-rajinlah mengamalkannya, dan hasilnya anda akan memperolehi rambut yang lebat.

Untuk entri kali ini, saya akan kongsikan beberapa petua menghilangkan panau. Kepada mereka yang mengalami masalah ini namun belum dapat jalan penyelesaian, bolehlah cuba petua ini.


Petua Hilangkan panau 1
Bahan yang diperlukan: daun lidah buaya
Cara-caranya:
Buangkan kulit setangkai daun lidah buaya, bersihkan dan dikisar halus. Ambil lendirnya dan gosok ke bahagian badan atau muka yang berpanau. Biarkan ia kering sendiri. Anda boleh amalkan selepas mandi dan sebelum masuk tidur setiap hari. InsyaAllah jika anda tekun dan rajin mengamalkan petua ini, panau akan hilang.

Petua hilangkan panau 2
Bahan yang diperlukan: lengkuas, kain perca dan minyak tanah
Cara-caranya:
Tumbuk sedikit lengkuas kemudian bungkus dalam perca kain. Selepas itu celupkan dengan sedikit minyak tanah dan gosok berulang kali pada tempat terdapat panau. Amalkan setiap hari sebelum mandi. Amalkan petua ini secara konsisten, insyaAllah panau akan hilang sedikit demi sedikit.

Selamat mencuba petua menghilangkan panau ini

Untuk kecantikan wajah dan tubuh, terdapat banyak pantang larang. Tips kecantikan untuk kali ini menerangkan secara ringkas beberapa pantang larang kecantikan untuk wajah dan rambut yang mungkin sukar untuk anda elak walaupun mengetahuinya.

Jangan memicit jerawat
Geram kan bila jerawat tiba-tiba timbul? rasa nak picit je. Memicit jerawat akan merosakkan kulit dan akan memburukkan lagi keadaan jerawat anda. Jika anda masih ingin melakukannya, pastikan tangan anda betul-betul bersih atau pakai sarung tangan.

Jangan gunakan sabun mandi
Sabun mandi tak sesuai digunakan untuk mencuci muka. Sabun mandi ini boleh menghilangkan minyak asli kulit muka dan menjadikannya kering.

Jangan keringkan rambut guna tuala
Maksud saya disini ialah mengeringkan rambut dengan cara menggosokkan tuala pada rambut ketika basah. Cara ini akan menyebabkan rambut anda mudah kusut terutama jika rambut anda panjang. Adalah lebih baik anda memerah rambut anda atau membalutnya dengan tuala.

Jangan sikat rambut basah
Rambut ketika basah mudah tersimpul serta kusut dan jika anda menyikatnya pada waktu ini akan menyebabkan rambut mudah putus dan rosak.

Jangan tidur tanpa membersihkan muka
Jangan sesekali anda tidur tanpa membersihkan muka. Muka dengan make-up yang tak dicuci akan menyebabkan  pori-pori kulit muka tersumbat dan boleh menimbulkan masalah kulit seperti jerawat.

Jangan mandi air panas
Jika kulit anda kering, cuba elakkan daripada mandi air panas atau mandi menggunakan bahan mandian berharuman.

Artikel ini adalah sambungan dari tips berhenti merokok siri 1 dan tips berhenti merokok siri 2.
Untuk tips kali ini saya akan menerangkan perkara-perkara yang perlu anda ingat semasa dalam proses untuk berhenti merokok.



Perkara yang perlu anda ingat

Tujuan
Anda harus tegas dengan keputusan yang telah anda ambil. Tulis senarai sebab-sebab untuk menghentikan tabiat merokok ini di atas kertas dan bawa bersama anda. Cara ini akan menolong menguatkan semangat anda.

Tanggungjawab
Anggaplah proses untuk berhenti merokok ini sebagai tanggungjawab terhadap diri anda. Tanggungjawab untuk kesihatan anda dan orang-orang di sekeliling anda serta untuk mengelakkan risiko penyakit berbahaya yang berpunca daripada tabiat merokok. Dapatkan ahli keluarga dan kawan anda supaya memberi galakan untuk menjalankan tanggungjawab ini.

Kemampuan
Menghentikan tabiat merokok sekaligus (teknik cold turkey) memberi kesan yang baik dari mengurangkan bilangan rokok secara beransur-ansur. Walaubagaimanapun, bagi perokok yang terlalu ketagih, cara cold turkey ini sangat susah untuk dilakukan. Oleh itu, ikutlah kemampuan anda cara mana yang lebih mudah untuk diikuti. Atau anda boleh mengabungkan kedua-dua teknik ini iaitu mengurangkan bilangan merokok untuk seminggu kemudian berhenti terus.













InsyaAllah saya akan sambung siri tips berhenti merokok ini dengan artikel tentang sebab-sebab mengapa anda gagal untuk berhenti merokok.

Tips berhenti merokok ini merupakan sambungan kepada tips sebelumnya. Anda boleh baca tips berhenti merokok siri 1 di sini.
 Tips hari ini akan menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok.

Perkara yang perlu dilakukan pada hari tersebut

1.    Jauhkan rokok dan lighter dari pandangan anda supaya susah untuk dicapai (lebih elok jika anda tak menyimpan langsung rokok atau lighter pada hari tersebut).

2.    Perokok biasanya akan mengalami masalah gigi berwarna kuning dan berkarat. Oleh itu pergi jumpa doktor gigi dan bersihkan dengan teknik scaling atau bleaching. Cara ini akan meningkatkan motivasi anda untuk berhenti merokok dan kesan daripada berhenti merokok.

3.    Elakkan atau kurangkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang meletihkan kerana apabila anda berasa letih, anda akan lebih terdorong untuk menghisap rokok (tapi jangan sampai tak buat apa-apa kerja, sebab kebosanan juga akan mendorong anda untuk menghisap rokok).

4.    Katakan pada diri sendiri, “aku boleh tahan untuk 5 minit tanpa merokok”. Selepas 5 minit, ulangi ayat yang sama dan seterusnya sampai dah tak tahan.

Sekiranya keinginan untuk berhenti merokok masih ada, tambahkan masa untuk tak merokok dari 5 minit kepada 10 minit. Di sinilah letaknya azam yang kuat. Apabila masa berlalu anda akan rasa keazaman anda untuk berjaya berhenti merokok bertambah. Tetapi sekiranya anda masih tak tahan, cuba lakukan tips ini pula:



1.    Pergi mandi kerana mandi dapat membantu mengurangkan keinginan anda untuk merokok. Cara ini hanya berkesan jika anda berada di rumah.

2.    Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali. Ini akan meningkatkan kandungan oksigen dalam otak anda dan dapat mengurangkan rasa ketagihan merokok.

3.    Jangan kembali ke rahmatullah pangkal jalan. Jangan berfikir “ ala, hisap sebatang je ok la”.

4.    Makan makanan yang seimbang. Kurangkan minum the atau kopi dan jangan makan makanan yang terlalu berminyak.

5.    Sentiasa ingat bahawa tabiat merokok adalah satu ketagihan dan hanya anda seorang saja yang boleh lakukannya dengan keazaman  yang kuat dari dalam diri anda. Stop smoking now!

InsyaAllah akan bersambung ke Tips berhenti merokok siri 3

P/S: anda juga boleh cuba kit berhenti merokok ini

Jika anda seorang perokok, berhenti merokok sekarang! Jika anda baru nak belajar merokok, jangan mulakan! Baca tips berhenti merokok di bawah ni.Untuk memulakan tabiat merokok ialah 1 perkara yang senang. Ia memerlukan sedikit usaha dan pujukan, apatah lagi jika merokok memberikan seseorang itu rasa kemegahan dan meningkatkan status sosial. Perasaan ini tak terkecuali sama ada kaum lelaki konon nampak macho dan juga wanita.
Sekurang-kurangnya inilah yang anda percaya. Selain itu, anda juga akan dapat gigi yang rosak, nafas berbau, kulit berkedut, dan terdedah kepada risiko bermacam-macam jenis penyakit berbahaya. Jika anda sedang mengandung, kemungkinan anda akan melahirkan bayi yang tak sihat atau mungkin keguguran sebelum sempat bersalin. Jika anda wanita setegah umur, ini akan mempercepatkan menopause.
Yup, inilah yang anda dapat jika merokok. Jangan salahkan sesiapa, anda yang memilih untuk merokok. Tetapi semua ini takkan berlaku sekiranya anda memilih untuk berhenti merokok atau membatalkan hasrat untuk menjadi perokok.



Bagaimana hendak berhenti merokok?
Tak ada cara yang ajaib dan mustahil untuk berhenti merokok. Tetapi terdapat banyak panduan dan tips berhenti merokok yang berkesan. Yang penting keazaman anda perlu kuat untuk berhenti merokok.

1. Sebab hendak berhenti merokok
Senaraikan sebab-sebab mengapa anda hendak berhenti merokok. Antara perkara yang anda boleh senaraikan ialah:
•    Nak meningkatkan tahap kesihatan dan stamina anda
•    Nak menjimatkan wang
•    Nak menghilangkan masalah nafas berbau
•    Untuk kesejahteraan dan kesihatan anak-anak serta keluarga

2. Percaya diri anda boleh berhenti merokok
Jangan fikir diri anda akan gagal sebelum anda mula mencuba untuk berhenti merokok. Ramai orang berfikiran sebegini dan bila mereka gagal dengan mudahnya mereka cakap, “saya dah cuba tapi tak boleh”.

3. Tetapkan matlamat untuk berhenti merokok
Tetapkan tarikh dan matlamat untuk anda berhenti merokok. Mungkin pada harijadi anda atau anak. Atau mungkin pada hari cuti seperti hari ini, 31 ogos 2010 – Merdekakan diri anda daripada rokok! Selepas anda pilih tarikh yang sesuai, jangan tukar atau tangguhkan ke masa lain.



4. Membuat persediaan untuk berhenti merokok
Sediakan diri anda secara mental dan fizikal untuk menghadapi hari besar tu (hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok). Menghentikan tabiat ini secara individu adalah sukar. Oleh itu, adalah lebih elok anda melibatkan orang lain. Anda boleh mengajak kawan anda yang nak berhenti merokok, atau kawan yang boleh memberi galakan dan sokongan kepada anda. Selain itu, cuba langkah-langkah berikut:
•    Tukar kepada jenis rokok yang anda rasa tak sedap dihisap
•    Cuba kurangkan jumlah rokok yang anda hisap
•    Hisap setengah batang rokok sahaja, jangan habiskan
•    Bila terasa ingin merokok, tangguhkan. Cuba sibukkan diri anda dengan kerja-kerja lain.
•    Jauhkan rokok supaya sukar anda capai dan perolehi.
•    Cuba ubah tabiat pemakanan anda. Contoh: jangan minum kopi sambil merokok sebaliknya gantikan dengan susu. Susu tak sedap diminum semasa merokok dan kombinasi ini akan membantu anda untuk mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan seterusnya menolong anda berhenti merokok
•    Merokoklah sebanyak-banyak yang boleh sampai anda muak dan merasa tak selesa untuk menghisap rokok lagi. Lakukannya sehari sebelum tarikh yang anda tetapkan untuk berhenti merokok (cara ini agak ekstrem dan atas sebab kesihatan, saya tak begitu galakkan)
Jom Berhenti Merokok!



Bersambung ke Tips Berhenti Merokok Siri 2

Kit Berhenti Merokok

Masalah jerawat merupakan perkara yang sangat memalukan terutama pada golongan wanita. Terdapat bermacam jenis produk di pasaran untuk menghilangkan jerawat namun jerawat masih sukar dikawal malah mungkin meninggalkan kesan parut jerawat. Sebenarnya dengan mengamalkan petua menghilangkan jerawat secara tradisional, ia juga mampu mengatasi masalah jerawat dan mungkin lebih berkesan dari produk yang terdapat di pasaran. sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk menghilangkan jerawat atau parut jerawat, cubalah petua ini.  

Petua menghilangkan jerawat
Tentu ramai dikalangan anda yang runsing dengan masalah jerawat. Sebenarnya terdapat petua menghilangkan jerawat yang sangat mudah dan menjimatkan dengan hanya menggunakan bedak sejuk dan air asam jawa. Petuanya ialah bancuh pekat beberapa biji bedak sejuk dengan air asam jawa. Kemudian sapukan pada bahagian yang banyak jerawat dan biarkan sebagai masker. Lakukan sebelum tidur dan bersihkan pada keesokkan hari. Jika diamalkan selalu, bukan saja muka anda bersih daripada jerawat malah petua ini menjadikan kulit muka licin dan lembut.



Petua Menghilangkan Parut Jerawat
Jika anda mempunyai masalah parut jerawat, anda hanya perlu mengamalkan petua menghilangkan parut jerawat ini. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sebiji telur ayam dan kulit kayu manis. Caranya ialah dengan menggosokkan kulit kayu manis tersebut pada permukaan kasar dan campurkan putih telur. Sapukan pada wajah anda / tempat parut jerawat dan biarkan semalaman. Cuci dengan air suam keesokkan harinya. Amalkan petua menghilangkan parut jerawat ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu, insyaAllah, parut jerawat akan hilang.




Produk rawatan menghilangkan parut jerawat

Terus membaca atau terlalu lama di depan komputer tentu akan membuatkan mata anda penat dan tak bermaya. Mata mencerminkan diri seseorang. Jika anda mengabaikan penjagaan mata, secara tak langsung ia akan menjejaskan penampilan diri kerana keadaan mata yang sembab dan lebam akan membuatkan wajah anda tak berseri dan nampak tak bermaya. Untuk mengatasinya, teknik senaman mata yang mudah dapat meringankan masalah ini. (penat ke baca artikel saya ni? Ikutilah teknik senaman mata di bawah sebagai langkah untuk penjagaan mata yang baik)

Teknik Senaman untuk Penjagaan Mata

1.    Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.

2.    Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.

3.    Putar kedua-dua mata perlahan-lahan ke satu arah, berganti-ganti ke arah lain. Ulangi sebanyak 10 kali. 

Tips tambahan untuk penjagaan mata: Jangan lupa untuk berehat seketika semasa membaca dan elakkan menghadap komputer terus menerus tanpa henti.

Selamat mencuba

Ramai yang mungkin hairan jika ada makanan khusus yang boleh membantu mengurangkan penyakit tertentu. Kita semua tau ada makanan sihat yang bagus untuk jantung, tetapi adakah cara mengamalkan makanan yang sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara? Ikuti tips di bawah sebagai panduan pemakanan untuk anda kurangkan risiko kanser payudara.

1. Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak, tidak melebihi 30 gram lemak setiap hari. Ini akan membantu mengekalkan diet seimbang yang juga membantu menurunkan berat badan. Estrogen disimpan pada lemak tubuh, jadi lebih sedikit lemak yang kita bawa, lebih baik.

2. Masukkan brokoli ke dalam makanan dan menu harian anda. Makan sepinggan brokoli setiap hari dan anda akan mendapat manfaat khasiat sulfuraphane yang terdapat di dalamnya. Bahan sulfuraphane ini terbukti secara ilmiah dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

3. Jangan lupa makan buah-buahan dan masukkan sayur-sayuran lain dalam menu anda.

4. Makan tomato yang kaya dengan likopen kerana ia merupakan agen yang berfungsi mengurangkan risiko kanser.

5. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Elakkan makan dengan banyak sekaligus. Cara ini dapat membantu saluran pencernaan anda dan meningkatkan/memperbaiki metabolisme anda.

6. Minum teh hijau yang kaya dengan antioksidan.

7. Makan coklat gelap sekali sekala kerana coklat gelap terbukti sebagai agen yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Flavonoid yang terdapat pada coklat gelap (dark chocolate) juga dapat membantu untuk anda kelihatan awet muda. Elakkan pengambilan coklat manis kerana tidak mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan anda.





Produk untuk menganjalkan kembali payudara dan punggung yang mengendur












M Ratu Kaplet Ayudara



RM 15.50
M Ratu Krim Urut Payudara



RM 14.00
M Ratu Masker Payudara



RM 16.50

Koko yang terdapat di dalam coklat gelap merupakan antioksidan yang kuat. Kajian perubatan mendapati pengambilan sedikit coklat gelap yang bermutu tinggi boleh memberi kesan positif ke atas tekanan darah dan tahap kolesterol, seterusnya membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Menurut seorang pakar penyelidik dari universiti di Jerman, coklat gelap dapat membantu menurunkan tekanan darah. Walaupun begitu, penyelidik tersebut turut menekankan bahawa penurunan tekanan darah juga boleh dicapai sekiranya anda turut mengawal pengambilan kalori dan mengurangkan makanan yang mengandungi kadar lemak, gula dan garam berlebihan.

Kandungan unik coklat gelap boleh merangsang otak untuk mengeluarkan lebih banyak endorphin dan serotonin, iaitu bahan kimia yang memainkan peranan penting untuk memperbaiki emosi,  tidur, memori dan mengurangkan stress. Pengambilan sedikit coklat gelap di antara waktu makan juga boleh membantu mengawal selera makan.

Antioksidan di dalam coklat gelap
Coklat gelap merupakan antara coklat yang mengandungi antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini membantu menyingkirkan radikal bebas dan molekul membahayakan yang boleh memberi kesan terhadap penyakit jantung dan penykit-penyakit lain.
Kajian mendapati bahawa kehadiran susu akan menghalang penyerapan antioksidan yang diperolehi daripada coklat ke dalam tubuh. Oleh itu ambil coklat gelap dalam kadar sederhana tanpa disusuli dengan minuman seperti susu agar penyerapan antioksidan ke dalam tubuh lebih berkesan.

Kajian tentang manfaat coklat ini telah dilakukan terhadap 6 lelaki dan 7 wanita berumur dalam lingkungan 55- 64 tahun yang  telah didiagnosis menghidap tekanan darah tinggi sederhana. Di dalam kajian tersebut, setiap 2 minggu responden dekehendaki memakan 100 gram coklat dan diarahkan mengimbangi kalori yang diambil sebanyak 480 kalori dengan tidak memakan makanan lain yang mempunyai nutrient dan kalori yang sama. Sebahagian dari responden mengambil coklat gelap dan sebahagian pula mengambil coklat putih.
Hasilnya, responden yang mengambil coklat gelap menunjukkan kesan yang baik terhadap kadar tekanan darah tinggi mereka manakala mereka yang mengambil coklat putih tidak menunjukkan sebarang perubahan pada kadar tekanan darah tinggi mereka.

Setelah mengetahui kebaikan yang boleh anda perolehi daripada coklat gelap, apa kata anda cuba nikmati sedikit hidangan coklat gelap. Tambah pula ketika berpuasa, membuatkan ramai yang kurang bertenaga setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Jadi untuk mendapatkan tenaga yang cepat dan mudah, nikmati sedikit coklat gelap. Bukan saja menyihatkan tetapi juga dapat memberikan tenaga dalam kadar segera kepada anda. Pastikan anda tak menikmatinya secara berlebihan agar dapat terus memelihara kesihatan.

Jom Makan Coklat! Nyum..Nyum..    

Sekiranya anda mudah marah dan ini berlaku sekurang-kurangnya sekali sehari bermakna anda harus melakukan sesuatu untuk mengawal kemarahan anda. Sikap panas baran bukan sahaja akan  menyebabkan anda sukar didekati tapi juga menurut kajian anda lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga strok.

Oleh itu bagi anda yang mudah marah, berhati-hati dan usahakanlah untuk membuang sikap panas baran tersebut. Cara terbaik untuk anda mengelakkan diri dari ‘meletup’ dan mengawal kemarahan serta mengurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut adalah dengan  berehat sebentar untuk menenangkan diri. Sementara berehat tu lakukan tips mudah mengawal kemarahan berikut.

1.    Tarik nafas dalam-dalam.

2.    Jauhkan diri dari situasi yang membuatkan anda marah.

3.    Cuba mendengar muzik atau lagu yang yang dapat membuatkan anda relaks.

4.    Selepas bertenang barulah anda kembali pada situasi sebelumnya.

5.    minum teh chamomile atau lemon kerana ia boleh membantu menenangkan diri daripada stress.

6.    Kepada mereka yang beragama Islam, ambillah wuduk untuk meredakan kemarahan anda kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta dari api. InsyaAllah dengan mengambil wuduk dapat mengawal kemarahan anda 

Kemampuan anda mengawal kemarahan akan membuatkan anda lebih tenang dan membantu anda menjadi lebih gembira dan disuaki oleh orang sekeliling. Kemarahan juga akan membuatkan anda nampak lebih tua dari usia anda, oleh itu janganlah marah-marah ok.

Keadaan cuaca di bulan suci Ramadhan sangat berpengaruh terhadap kecantikan diri anda. Ditambah pula dengan mengerjakan ibadah puasa, sudah tentunya badan anda akan mengalami kekurangan air yang amat penting untuk tubuh. Kekurangan air memberi kesan tersendiri pada badan dan keadaan kulit terutama kulit muka. Kulit muka akan menjadi kusam, kasar dan kering. Untuk mengatasi keadaan ini, ikutila beberapa panduan ini.

Keperluan Air untuk Kulit Muka
Anda perlu minum air putih sebanyak yang mungkin ketika bersahur dan berbuka puasa kerana kesegaran kulit diperoleh dari jumlah cecair yang masuk dalam tubuh. Secara purata tubuh memrlukan 8 gelas air sehari. Elakkan minuman seperti kopi dan teh kerana ia bersifat diuretic atau mendorong pengeluaran air kencing. And ajuga boleh memakan buah-buahan segar ketika berbuka atau bersahur untuk membantu kemasukan air dalam tubuh

Penjagaan Kulit Muka di Pejabat
Jika anda bekerja di pejabat atau tempat yang berhawa dingin, kesegaran kulit muka boleh kekalkan dengan air mineral dalam bentuk spray. Semburkan air mineral ke wajah untuk menggelakkan kekeringan.

Gunakan Krim Pelembap
Pelembap wajah dan badan adalah sebahagian perawatan yang sangat penting di bulan puasa. Gunakanlah kosmetik atau krim perawatan yang mengandungi pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit dan pakai krim yang mengandungi kolagen untuk memaksimumkan fungsinya.

Masalah Nafas Berbau
Salah satu masalah yang sukar dihidari ketika berpuasa adalah masalah nafas berbau. Untuk mengatasinya, banyakkan minum air ketika berbuka dan bersahur. Gunakan juga ubat kumur yang mengandungi antiseptik.

Sememangnya kecantikan dan penjagaan kulit muka amat penting terutamanya bagi kaum wanita. Tetapi harus diingat di bulan Ramadhan yang mulia ini kita juga perlu menjaga kecantikan dalaman (rohaniah) dengan menggandakan amal ibadah untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dan memohon keampunan daripadaNya.

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Adakah anda mengalami masalah nafas berbau? Masalah nafas berbau atau Halitosis berbeza pada setiap individu, ada yang tak terlalu teruk dan ada yang serius hingga mengganggu ‘mood’. Cara mudah menghilangkan nafas berbau ialah dengan memastikan gigi dan mulut dijaga dengan rapi sejak di peringkat awal. Kepada mereka yang menghadapi masalah ini, jangan bimbang kerana masih belum terlambat untuk mengatasinya. Di sini saya sertakan tips dan panduan untuk menghilangkan nafas berbau. Selain daripada memastikan anda memberus gigi 2 kali sehari, ikutilah tips dan panduan mudah berikut:

1.    Gunakan ubat gig berflorida untuk mengawal karang (plak) dan mengukuhkan selaput luar gigi.

2.    Pilih ubat gigi berperisa pudina kerana ia mengeluarkan lendir di bahagian rahang dan rongga hidung. Kesannya ia akan mengurangkan atau menghilangkan nafas berbau dan menyegarkan pernafasan.

3.    Gunakan dental floss (banyak terdapat di farmasi) untuk membersihkan lebihan makanan yang terselit di celah gigi. Makanan terkumpul yang tidak dibersihkan akan bertindak balas dengan enzim air liur dan akan menyebabkan nafas berbau.

4.    Berhati-hati memilih makanan. Elakkan makanan yang terlalu banyak bawang, bawang putih, makanan dengan kandungan lemak yang tinggi dan minuman beralkohol.

5.    Makan ulam yang tak meninggalkan bau seperti ulam raja, pegaga, dan pucuk gajus. Elakkan makan ulam yang berbau kuat seperti petai dan jering.

6.    Gunakan ubat kumur untuk menyegarkan pernafasan (seperti Listerine).

7.    Petua tradisional juga boleh diamalkan untuk menghilangkan nafas berbau seperti mengunyah cengkih atau minum air rebusan kacang hijau.

8.    Waktu pemakanan yang tak teratur atau terlalu lama berlapar juga merupakan menyebab nafas berbau kerana apabila lapar, asid di dalam perut akan bertindak balas dengan sisa makanan dan akan menghasilkan bau busuk.

9.    Jangan lupa memberus lidah kerana lidah mengumpulkan sisa makanan yang menjadi makanan bakteria dan ini akan menyebabkan nafas berbau. Anda boleh menggunakan tongue scraper untuk membersihkan lidah.

10.    Jika anda ingin menghilangkan nafas berbau, elakkan makan gula-gula kerana ia akan membuat keadaan lebih buruk. Sisa gula merosakkan gigi dan menggalakkan pengeluaran air liur serta pembiakan bakteria.

Terdapat banyak produk diet dijual di pasaran. Kesemuanya menjanjikan mampu menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah sehingga ramai yang tak mempersoalkan tentang harganya. Walaupun mahal tetap dibeli asalkan boleh menurunkan berat badan.

Amalkan Minum 8 Gelas Air Setiap Hari
Sebenarnya anda tak perlu terlalu ghairah untuk berdiet dengan mengeluarkan belanja yang mahal sedangkan ada cara mudah tanpa memerulakn belanja yang besar. Salah satunya adalah berdiet dengan air sahaja.

Selain menjaga kesegaran tubuh dan berfungsi melancarkan sistem metabolisme tubuh, air juga membantu mengurangkan berat badan kerana air merupakan elemen penting dalam proses metabolisme menghasilkan tenaga.

Air bertindakbalas dengan bahan kimia dalam metabolisme badan untuk mempercepatkan kadar pembakaran kalori. Oleh itu, apabila air tak mencukupi, tubuh tidak dapat membakar kalori dengan baik.

Kekurangan air dalam tubuh menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lambat kerana tubuh mengeluarkan banyak cairan seperti peluh. Jika bekalan air yang diperlukan tak mencukupi, tubuh tetap menyimpan menyimpan cairan sedia ada dalam tubuh untuk kepentingan metabolisme. Keadaan ini menyebabkan berat badan tidak berkurangan.

Air membantu proses pencernaan dan penyerapan makanan ke dalam tubuh. Ketika anda mengalami dehidrasi akibat kekurangan air dalam badan, ia akan menyebabkan anda mudah berasa lapar. Ini akan mendorong anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.

Metabolisme akan meningkat apabila anda melakukan senaman atau aktiviti sukan, dan air berperanan memaksimumkan kadar metabolisme semasa anda sedang bersenam. Apabila air kurang, kadar peningkatan metabolisme tidak dapat berjalan dengan lancar. Akibatnya, pembakaran lemak tidak berlaku dengan sempurna.

Jumlah keperluan air dalam tubuh setiap individu bergantung pada aktiviti yang dilakukan serta suhu udara di persekitaran. Oleh itu, untuk proses menurunkan berat badan berlaku, anda dinasihatkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Bagi mereka yang sedang berdiet dan sebelum ini suka mengunyah pelbagai makanan ringan, sudah tentu ia agak sukar untuk menghilangkan tabiat itu terutamanya semasa sedang stress.
Pada sesetengah orang, rasa tertekan, sedih atau cemas boleh mendorong mereka makan dengan lebih banyak atau tidak peduli apa makanan yang diambil semata-mata untuk menghilangkan tekanan dan keresahan dalam diri mereka.
Cuba ikuti tips ini untuk kawal pemakanan semasa stress supaya anda tetap dapat menjaga pemakanan walaupun sedang tertekan.

Tips Kawal Pemakanan semasa Stress

1.    Pilih Karbohidrat Kompleks
Semasa sedang stress atau marah, jika anda nak lepaskan geram dengan makan, pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti kentang rebus, roti gandum, dan jagung rebus. Ini kerana jenis makanan seperti ini mengandungi sifat penenang apabila hormon serotonin (hormon yang berkait dengan emosi) di keluarkan. Karbohidrat kompleks juga memerlukan waktu yang lebih lama untuk dicernakan membuat anda kenyang lebih lama berbanding makanan lain seperti donut atau kek yang cepat membuat anda berasa lapar semula. Elakkan makanan manis kerana pengambilan gula semasa stress hanya akan membuat rasa resah anda semakin bertambah.

2.    Pilih Makanan Mengandungi Omega 3
Kajian menyatakan bahawa zat omega 3 ini membantu untuk mengatasi rasa stress. Omega 3 boleh didapati dari sumber seperti ikan kembung, ikan salmon atau tuna, kekacang dan telur.

3.    Ambil Mineral Dan Vitamin Tambahan
Bila tubuh kekurangan vitamin dan mineral, ia akan mendorong kepada rasa stress.amalkan pengambilan vitamin tambahan seperti vitamin B dan B6 yang membantu mengimbangi kadar serotonin dalam badan.

4.    Minum Air Yang Cukup
Apabila badan anda mengalami dehidrasi keran kurang air, ia akan membuat anda berasa stress. Oleh itu, pastikan anda minum air yang cukup seelok-eloknya 8 gelas sehari.

5.    Kurangkan Pengambilan Kafein
Pengambilan kafein secara berlebihan boleh membuatkan system saraf terasa “penat” dan ini akan menyebabkan anda mudah berasa cemas dan panik.

6.    Elakkan Minuman Beralkohol
Jangan sesekali sentuh minuman beralkohol. Ia boleh menyebabkan anda sukar tidur, rasa resah, gugup, cemas dan mengganggu sistem perkumuhan anda. Untuk orang Islam, minuman beralkohol sememangnya haram untuk anda sentuh. Oleh itu, pilihlah jus buah-buahan semasa stress dan bukan minuman beralkohol.

7.    Amalkan Minuman Herba
Pengambilan teh herba contohnya seperti teh chamomile atau lemon boleh membantu untuk menenangkan diri anda.

Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh.
Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.

Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C.  Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.

Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.

Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.

Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.

Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.

Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.

Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.

Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.

Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.

Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.

Fruit Smoothies
 Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.

Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda.  Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.

Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.

Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.

Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.

Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Related Posts with Thumbnails