Terdapat banyak produk diet dijual di pasaran. Kesemuanya menjanjikan mampu menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah sehingga ramai yang tak mempersoalkan tentang harganya. Walaupun mahal tetap dibeli asalkan boleh menurunkan berat badan.
Amalkan Minum 8 Gelas Air Setiap Hari |
Selain menjaga kesegaran tubuh dan berfungsi melancarkan sistem metabolisme tubuh, air juga membantu mengurangkan berat badan kerana air merupakan elemen penting dalam proses metabolisme menghasilkan tenaga.
Air bertindakbalas dengan bahan kimia dalam metabolisme badan untuk mempercepatkan kadar pembakaran kalori. Oleh itu, apabila air tak mencukupi, tubuh tidak dapat membakar kalori dengan baik.
Kekurangan air dalam tubuh menyebabkan proses menurunkan berat badan menjadi lambat kerana tubuh mengeluarkan banyak cairan seperti peluh. Jika bekalan air yang diperlukan tak mencukupi, tubuh tetap menyimpan menyimpan cairan sedia ada dalam tubuh untuk kepentingan metabolisme. Keadaan ini menyebabkan berat badan tidak berkurangan.
Air membantu proses pencernaan dan penyerapan makanan ke dalam tubuh. Ketika anda mengalami dehidrasi akibat kekurangan air dalam badan, ia akan menyebabkan anda mudah berasa lapar. Ini akan mendorong anda untuk mengambil makanan secara berlebihan.
Metabolisme akan meningkat apabila anda melakukan senaman atau aktiviti sukan, dan air berperanan memaksimumkan kadar metabolisme semasa anda sedang bersenam. Apabila air kurang, kadar peningkatan metabolisme tidak dapat berjalan dengan lancar. Akibatnya, pembakaran lemak tidak berlaku dengan sempurna.
Jumlah keperluan air dalam tubuh setiap individu bergantung pada aktiviti yang dilakukan serta suhu udara di persekitaran. Oleh itu, untuk proses menurunkan berat badan berlaku, anda dinasihatkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Post a Comment