Terus membaca atau terlalu lama di depan komputer tentu akan membuatkan mata anda penat dan tak bermaya. Mata mencerminkan diri seseorang. Jika anda mengabaikan penjagaan mata, secara tak langsung ia akan menjejaskan penampilan diri kerana keadaan mata yang sembab dan lebam akan membuatkan wajah anda tak berseri dan nampak tak bermaya. Untuk mengatasinya, teknik senaman mata yang mudah dapat meringankan masalah ini. (penat ke baca artikel saya ni? Ikutilah teknik senaman mata di bawah sebagai langkah untuk penjagaan mata yang baik)
Teknik Senaman untuk Penjagaan Mata
1. Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.
2. Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.
3. Putar kedua-dua mata perlahan-lahan ke satu arah, berganti-ganti ke arah lain. Ulangi sebanyak 10 kali.
Tips tambahan untuk penjagaan mata: Jangan lupa untuk berehat seketika semasa membaca dan elakkan menghadap komputer terus menerus tanpa henti.
Selamat mencuba
Tips Penjagaan Mata - Teknik Senaman Mata
Posted by HealthLife13 | 11:30 AM | Teknik Senaman Mata, Tips Penjagaan Mata | 1 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment